Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.(Surah Al-Ikhlas:1)
Ayat ini menerangkan akan konsep tauhid yang harus kita katakan dan kita ajak orang lain untuk sama-sama mengesakan Allah. Kita nak supaya semua orang kata, Dialah Allah, Yang Maha Esa. Ayat ni jelas menunjukkan perintah Allah untuk kita melaksanakan perintah dakwah. Apabila kita telah mengesakan Allah, barulah Allah akan kurniakan keikhlasan kepada kita.:)
Tak ada sesiapa pun yang layak diesakan melainkan Allah. Tapi apa yang berlaku sekarang, kebanyakan orang mengambil selain Allah sebagai ilah mereka. Mungkin mereka mengesakan perkara selain Allah dalam keadaan sedar mahupun tak sedar. Maka, menjadi tugas kita yang faham dan sedar untuk sama-sama menyedarkan orang lain, mengajak orang mengesakan Allah. Tapi harus diingat, kita bukanlah nak bawa orang pada kita tapi kita bawa mereka pada Allah. Kita laksanakanlah tanggungjawab kita ni dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun.
Bila kita nak seru orang pada Allah, perkara pertama yang perlu kita buat ialah check balik hubungan kita dengan Allah. Macam mana nak connect orang pada Allah kalau hubungan kita dengan Allah langsung tak dijaga? Sebagaimana dalam hadis Rasulullah saw, sekiranya Allah memberi hidayah melaluinya, maka itu lebih baik dari apa yang ada di bumi dan seluruh isinya (betulkan sekiranya salah sebab tak jumpa hadis yang lengkap). Alangkah bertuah kalau kita menjadi perantara manusia dengan Allah!=)
Bila kita kata kita nak bawa orang pada Islam, Allah akan terus datangkan ujian pada kita. kenapa? sebab Allah nak bersihkan hati kita. Allah nak perteguhkan keyakinan kita. Allah nak check kefahaman dan keyakinan kita. samalah juga bila kita belajar satu-satu subjek, kita pun ada test/MCQ/OSCE. untuk apa? untuk memantopkan pemahaman kita! Tapi sekiranya kita gagal dalam ujian, itu tandanya kita perlu check balik niat kita dan teruskan usaha. Jangan sesekali putus asa!Sesungguhnya, kita yang memilih untuk berada di jalan dakwah kerana kita yakin Islam pasti akan tertegak di bumi ni walaupun kita mungkin tak sempat untuk menyaksikan kebangkitan Islam.
Kita juga perlu sentiasa aware akan syaitan-syaitan yang sentiasa cuba sedaya upaya nak tarik kita supaya kita takkan dapat keikhlasan tadi. Syaitan akan cuba untuk lalaikan kita dari mengingati Allah dan menggoda kita untuk terus melakukan perkara-perkara jahiliyah. sama-samalah kita mujahadah.Tugas kita sangat berat untuk dipikul seorang diri. Sebab itulah perlunya kita pada sahabat-sahabat yang menyokong kita dan sentiasa mengingatkan kita bila kita lalai. sebagaimana dalam surah Al-Asr, "Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran."
wallahualam..
Friday, 5 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment