Monday, 1 March 2010

ukhti habibati~


ukhtiku..
sudah lama rasanya tak mendengar khabar darimu
apakah kamu sihat?kerisauan melanda tatkala mesej YM tak dibalas
sakit ke?sibuk ke?jarang 'online' ke?
hati resah gelisah memikirkan keadaanmu

ukhtiku,
sesungguhnya sahabatmu ini sangat merinduimu
rindu untuk berbual denganmu
rindu untuk sama-sama ketawa bersamamu
rindu untuk mendengar berita darimu
rindu untuk membaca entri yang ditulis olehmu
ke manakah kamu menghilang?
sepi tanpa sebarang berita

ukhtiku,
ketahuilah kita akan sentiasa bersama
mengharungi liku-liku kehidupan
kerana sesungguhnya berdua itu lebih baik
walaupun jarak memisahkan kita
akanku terus berdoa
moga Allah sentiasa merahmatimu
di mana jua kamu berada
wahai ukhtiku yang ku kasihi~

ukhuwahfillah abadan abada

No comments:

Post a Comment