Saturday, 16 January 2010

salam wbt..
setelah lame menyepi baru de entri baru bg tahun 2010!alhamdulillah!!jzkk ukhti h5 atas link blog yg diberi!!=)

sahabat yg dikasihi sekalian, macam mana dgn cuti winter yg lalu??Khabarnya ada yg balik ke Malaysia menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta (jelesnya!!=P), ada yg jalan2 kat UK, ada yg shopping sakan masa ‘boxing day’, ada yg ke Disneyland dengan suhu mencecah -6°C, dan tidak lupa juga kepada yg telah ‘stranded’ di Istanbul selama beberapa hari disebabkan snow yg lebat kat London airport. Hehe..dugaan2!=D apa2 pun, moga cuti winter kali ini telah kita gunakan dengan sebaiknya dan mampu meningkatkan iman kita insyaAllah. Setinggi-tinggi syukur pada Allah atas nikmat yg telah diberikan!=) Harapnya semua kembali ke Galway dgn penuh ceria dan semangat berkobar2 bagi sesi 2010/1431 Hijrah!;)

Rasanya semua orang pun dah ada senarai azam tahun baru masing2 untuk tahun ini tapi ingin saya kongsikan satu azam yg sangat bagus untuk kita menjadi seorang yg sentiasa berfikiran positif. Azam itu adalah berbaik sangka pada orang lain! Bunyi macam senang tapi sangatla sukar nak dilaksanakan. Apatah lagi bila orang itu pernah marah kat kita, sakitkan hati kita atau menyusahkan hidup kita!

Jadi, macam mana nak berbaik sangka pada orang lain? Disini saya kongsikan tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sama-sama kita jadikan panduan.



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Akhir kata, tak rugi kalau kita bersangka baik pada orang lain dan elakkan buruk sangka.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…” (Surah Al-Hujurat:12). Ayuh berbaik sangka!(^_^)

Dipetik dari halaqah.net

No comments:

Post a Comment