salam wbt..
baru sekejap tadi saya terbaca satu artikel dalam ukhwah.com yang bertajuk tabahlah hati, kuatkan jiwa. si penulis mungkin sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya dan menulis untuk naikkan semangat diri. moga Allah permudahkan urusannya.amin. saya sebenarnya sangat tertarik dengan kenyataannya yang berbunyi "Bila nasi telah menjadi bubur, maka aku harus mencari ayam, cakueh, kacang peas, kicap, salad, bawang goreng dan sambal agar bubur ayam special tetap dapat kunikmati." nak tergelak pun ada bila baca. sungguh positif orangnya kan! apabila musibah menimpa, langsung tidak mengeluh. malah cuba memotivasikan diri dan melihat musibah itu dari perspektif yang berbeza. begitu tegar iman dan keyakinannya pada Allah. nak jadi macam dia jugak!berbaik sangka pada Allah dalam setiap perkara!=)
perkataan ujian ni dah sinonim sangat-sangat kot dalam hidup seorang pelajar. setiap masa pun ada exam terutama sekali untuk pelajar-pelajar perubatan. oh exam!!tapi dengan ada exam la baru kita rajin nak bukak buku. baru ada rasa tujah untuk tak tidur dalam kelas..betul tak?(tersengguk tu biase la..proses menahan diri dari tidur..hehe)dan melalui exam la dapat nilai tahap pemahaman kita tentang sesuatu. benda yang same apply dalam hidup kita. hidup ini Allah cakap memang confirm akan ada ujian.
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun," (Al-Mulk:2)
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu."(Muhammad:31)
See, Allah bukan saja-saja nak bagi ujian kat kita. Allah tengah nilai kita!jugak untuk upgrade our level of iman. Sungguh, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya kerana Allah itu Sang Maha Mengetahui!
"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)"(Al-An'aam:59)
Mungkin jika kita sentiasa ingatkan diri akan hidup yang sementara ini, ujian pun jadi lagi ringan dan pahala pun bertambah-tambah. alangkah seronok begitu!always look on the bright side of things! "...Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui."(Al-Mukminun:114) ayuh! bertahanlah. teruskan melangkah ke hadapan!"kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan."(Alam Nasyrah:5-6)
wallahualam
~catarina
Saturday, 3 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment