Friday, 16 October 2009

Wahai Pemuda~


saya sedih..sedih dengan diri sendiri yang tidak mampu membawa hamba-hamba Allah ke jalan yang lurus. dosa terang-terang kat depan mata, namun diri tetap takut untuk memberi peringatan. takut akan pandangan manusia kah? bukankah hanya pandangan Allah yang penting?sedih!!(T_T)

sungguh lemah imanku kerana hanya mampu membenci dengan hati tanpa berani bersuara!
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran dari kalangan kamu, hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka (cegahlah) dengan lidahnya (perkataan), jika ia tidak mampu (juga), maka (cegahlah) dengan hatinya(membenci), demikian itulah selemah-lemah iman" [HR Muslim]

kata-kata yang tidak terlafaz..."wahai sahabat-sahabat yang kukasihi, jagalah pergaulan kamu dengan lelaki. berpakaianlah sebagaimana dituntut oleh Islam dan usahlah bercakap benda-benda yang lagho. bukankah hidup di sini hanyalah sementara sahaja?" Ya Allah, mengapa begitu sukar untuk nasihat-nasihat sebegitu keluar dari mulut ini?[geram dengan diri sendiri]

bila nak berubah?masa dah makin singkat. kematian pun sedang mengejar. bila lagi kalau bukan SEKARANG????bangunlah wahai Daei!
Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini..berilah aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menjadi salah seorang PENOLONG AGAMAMU!
ayuh para mujahid!

No comments:

Post a Comment