Saturday, 20 November 2010

istimewa


بسم الله الرحمنالرحيم

This entry is for you.. yes YOU the one who read this now!

Whom I know.. that will constantly changing for better! ^_^

Allah said in surah At-Tin verse 4:


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

"Allah has created man in the most excellence of molds"

sebaik-baik kejadian.

dan sesungguhnya manusia memang diciptakan-tidak sama-tetapi istimewa :)

Abu Bakar yang lembut berbeda dengan Umar yang tegas.
Hasan bin Thabit yang penakut lain dengan Khalid Al Walid yang berani.
Uthman yang kaya berbeza dengan Bilal seorang hamba.

Namun uniknya
mereka berjuang di saf yang sama
berprestasi pada matlamat yang sama
mencari keredhaanNya

awak..
yakinilah
bahawa dirimu istimewa
Setiap kita istimewa

awak..
manusia dinilai
bukan
dari mana asal-usulnya
apa latar belakangnya
apa kesilapan lalunya

dan manusia bukan dinilai
melalui petahnya percakapannya
lembutnya tutur katanya
berkesannya penulisannya

tetapi manusia dinilai
melalui perbuatan dan tanggungjawabnya

Usah difikirkan
dimana tempat mu di mata masyarakat
tetapi
fikirkanlah
bagaimana meraih posisi tertinggi
di sisi Allah
Yang Maha Pengampun
Yang Maha Mengetahui
Yang Maha Melimpah Nikmat & KurniaNya

'hati tempat jatuh pandangan Allah,

jasad lahir tumpuan manusia,

utamakanlah pandangan allah berbanding pandangan manusia'

Tarbiyah bukan untuk membentuk dan menyeragamkan keperibadian
Sama sekali tidak
tetapi tarbiyah adalah untuk mengakui
Keunikan peribadi adalah keistimewaan yang Allah anugerahkan

(puisi adapted from a friend)

Rasulullah even said,

"if you are good whilst you were in jahiliah time,
then you will also be good in Islam if you understand"

if you understand.

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment