Ini bukan judul sinetron, bukan pula opera sabun. Tapi judul ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami. Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikan kekasih atau hanya teman. Tentu saja akan ada perasaan bimbang, ragu campur perih. Lengkap dengan airmata yang bergenang di kelopak mata, tetapi pilihan ini harus dipilih. Pilihan ini juga sebagai sebuah neraca iman di dada kamu. Agar kami semakin tunduk, semakin cinta hanya kepada si Dia, Allah SWT. Jadikan cinta yang menyucikan jiwa, bukan hiasan dunia penabur dosa. Cinta remaja yang indah dan penuh pahala.
Buku ini setidaknya menjadi teman mencipta haluan. Berkata semahunya dan memberi makna sebaik-baiknya. Mendialog apa yang kamu rasakan dan memberi kesesuaian atas pilihan yang kamu tentukan.
Kerana masa remaja kamu akan tersia-sia manakala kamu tidak boleh memandunya. Jangan sampai kerana asyik dengan cinta yang salah, hidup kamu menjadi tidak indah.
"Kerana Cinta Harus Memilih mengingatkan remaja bahawa: Kita hanya punya satu cinta iaitu cinta yang mendekatkan kita kepada Tuhan. Kita yang memilih untuk tidak mahu menangis setelah dipermainkan cinta duniawi, berbahagialah. Seburuk apa pun masa lalu kita, kalau hari ini kita benar-benar bertaubat dan memperbaiki diri, insya-Allah semua keburukan itu akan terhapus. Hari ini adalah hari untuk menanam benih dan masa depan adalah waktu untuk menuai hasil. Kerana itu, jika kita ingin tahu masa depan kita, maka lihatlah apa yang kita lakukan sekarang." - Pyanhabib.
source: http://www.nufairshop.com/product_info.php?products_id=186
Macam menarik buku ni, i mean the title sounds interesting for me..tp menurut review: Penulis banyak membincangkan cara mengelakkan terjebak dengan cinta ketika sedang di alam persekolahan. Oh well, I'll find another book then, but still this book can be read for leasure if I happen to find it.
No comments:
Post a Comment